Tentang Kami

Wazira Global Enterprise adalah Syarikat Pengeluar & Pembekal Satay Jenama Wazira's Satay yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan oleh Encik Mohd. Wazira bin Taib bersama isteri beliau Puan Nurulzana binti Muhamad Nassir yang memulakan operasi di daerah Dungun, Terengganu. 

Berbekalkan pengalaman membuat satay secara tradisional resepi warisan keluarga, WGE bermula dengan membuka sebuah gerai kecil menjual satay di Taman Selera Teluk Lipat dengan menggunakan trade mark 'WAZIRA'S SATAY' sebagai identiti bagi perniagaan kami pada Jun 2007. Sejak daripada itu perniagaan kami terus berkembang dan mula dikenali di sekitar daerah Dungun.



Logo Wazira's Satay pada awal perniagaannya (2007).

Berikutan daripada sambutan dan permintaan yang menggalakkan, kami telah membuat keputusan untuk mengorak langkah dengan lebih serius dengan menambah beberapa lagi gerai jualan kami di sekitar Dungun dan juga Kuala Lumpur. 







2009
Sejak daripada itu kami mula meneroka pasaran baru dengan menyediakan perkhidmatan tempahan satay beku mentah dan kuah kacang beku meliputi kawasan kediaman, sekolah, kolej, universiti, pejabat-pejabat kerajaan, syarikat-syarikat swasta, restoran, katering, resort peranginan, dan juga hotel. 







Selain daripada memproses satay untuk dibekalkan kepada semua rangkaian premis jualan kami sendiri, kami juga merupakan pembekal satay dan kuah kacang bagi Pusat Peranginan yang terkenal di Dungun iaitu Tanjung Jara Resort sejak tahun 2008 sehingga kini.





\




Pada Penghujung 2013, WGE dengan kerjasama 2 buah lagi syarikat usahasama iaitu MSI Niaga & MNS Dynamix sekali lagi mengatur langkah dengan membuka sebuah lagi Pusat Pemprosesan di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor bagi menampung permintaan yang tinggi untuk pasaran Kuala Lumpur dan Selangor. Di bawah perlaksanaan projek usahasama ini, kami merancang untuk mengembang dan mengemaskinikan lagi potensi jenama Wazira's Satay dengan pengeluaran produk-produk sejuk beku berasaskan satay secara komersial.











2013