Jumaat, 31 Januari 2014

Sketsa Kedai Satay dan Si Penjual Satay

Admin baru dengar kedua-dua rakaman ini. Tergelak besar sekejap. Hilang stress sebentar. Jom dengar sama-sama...







PS : Rakaman berikut tiada kena mengena dengan team kami Wazira's Satay. Harap maklum. hehe

Isnin, 27 Januari 2014

Pembukaan Pejabat Operasi & Pusat Pemprosesan Wazira's Satay Kuala Lumpur.

Pada penghujung 2013, kami telah membuka sebuah lagi tempat pemprosesan satay yang beralamat di No.3, Jalan Suasana 3/3A, Bandar Tun Hussein Onn, Batu 9 Cheras, Selangor. Selain dari bertujuan untuk menampung permintaan yang tinggi bagi pasaran Kuala Lumpur & Selangor, ianya juga bertujuan untuk menaiktaraf proses pengeluaran produk yang sedia ada agar lebih kemas dan bersistematik serta untuk memastikan setiap produk yang dikeluarkan adalah bersih dan selamat untuk dimakan oleh pelanggan-pelanggan setia kami.

     

Kami menyedari, sebagai pengilang / pengeluar produk makanan kami bertanggungjawab penuh dalam memastikan aspek kebersihan dalam penghasilan produk menjadi keutamaan kami bagi menjamin mutu dan kualiti produk yang dihasilkan agar sentiasa bersih dan halal. Justeru itulah, kami merancang untuk melaksanakan Projek Pusat Pemprosesan ini demi kepuasan anda, pelanggan-pelanggan setia kami.

Pada awal September 2013, kerja-kerja pengubahsuaian premis telah dimulakan secara berperingkat-peringkat dan telah siap pada akhir Oktober 2013. Anggaran kos perbelanjaan yang telah dilaburkan bagi projek ini adalah sekitar RM40,000.00 yang mana merangkumi struktur dan kelengkapan asas premis.



Projek ini telahpun siap dan juga telah memulakan operasi pada 15hb November 2013 yang lalu. Dalam perlaksanaan Pusat Pemprosesan di Bandar Tun Hussein Onn ini, kami juga merancang untuk mendapatkan Status Sijil Halal bagi setiap produk keluaran kami agar mampu bersaing dengan jenama-jenama satay yang besar bagi pasaran domestik Malaysia ketika ini.

Dengan keluasan ruang premis sekitar 20 x 60 kaki persegi ini kami menyasarkan peningkatan pengeluaran sehingga 1,500 - 2,500 batang satay sehari bagi hari-hari biasa, dan 4,500 - 5,500 batang pada musim-musim perayaan. Kami juga berharap agar dengan perlaksanaan projek ini dapat menampung permintaan pasaran semasa untuk kawasan sekitar Kuala Lumpur & Selangor.